Monday, 16 February 2009

Petikan Laporan Gotong-royong





Laporan Aktiviti Gotong-Royong

----Pada 12 Mei 2008 yang lalu,Persatuan Alam Sekitar telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sungai.Aktiviti ini diadakan di kampung Sri Aman dan aktiviti tersebut dimulakan pada pukul 8.17 pagi.Aktiviti ini disertai dengan tiga puluh ahli persatuan dan tiga guru pembimbing.

----Sebelum memulakan aktiviti tersebut,penerangan diberikan oleh wakil penduduk kampung Sri Aman tentang langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti gotong-royong.
Ahli Persatuan Alam Sekitar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang penduduk kampung.Setiap kumpulan diberikan tugas yang berbeza.Antaranya termasuklah mengumpul sampah,menyapu dan sebagainya.

----Salah satu daripada kumpulan diberikan tugas mengumpul sampah.Ahli kumpulan memungut sampah sarap lalu dimasukan ke dalam beg plastik hitam.Beg-beg plastik hitam tersebut ditanam agar tidak mencemarkan alam sekitar.

----Selepas selesai aktiviti gotong-royong,kaum wanita turut sama manyediakan hidangan tengah hari.Semua yang terlibat berehat dan makan tengah hari.Selain itu,satu ucapan juga diberi oleh wakil penduduk Sri Aman atas kerjasama kami untuk membersihkan kawasan sungai.

----Aktiviti ini tamat pada pukul enam petang.Meskipun keletihan,masing-masing berasa gembira kerana dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.

Disediakan oleh, 17 Mei 2008

.......................................

(Helena)
Setiausaha,
Persatuan Alam Sekitar

Petikan Ucapan Hari Guru





Ucapan Hari Guru


----Terima kasih dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang di hormati, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nilam Utama, Encik Nor Bin Mohammad, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan ucapan pada hari berbahagia ini. Kami berasa sungguh bertuah dan bangga kerana dapat turut serta meraikan majlis sambutan Hari Guru bersama-sama guru-guru yang dikasihi.

----Pada setiap tahun, tarikh 16 mei merupakan hari yang kita tunggu-tunggu. Pada hari ini, para guru meraikan Hari Guru. Hari guru disambut oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya warga sekolah untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru. Selain itu, tujuan yang paling utama adalah untuk memperingati perjuangan dan pengorbanan guru kepada kita.

----Kami berasa amat bertuah kerana mendapat guru-guru yang bertanggungjawab dan ikhlas terhadap kerjaya masing-masing. Kami dapat merasakan guru-guru sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk menjadikan kami manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang apabila dewasa kelak. Sebagaimana kata pepatah, guru diibaratkan sebatang lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain.

----Tidak dapat disangkal lagi, semua guru yang ada di sekolah kita dapat diibaratkan seperti ibu bapa yang mengasuh dan mendidik anak bangsa. Bukan mudah untuk menjadikan kita semua insan yang berpendidikan dan berakhlak mulia, banyak cabaran yang harus dilalui khasnya daripada pihak murid mahupun ibu bapa. Merekalah yang bakal menentukan sama ada negara kita mundur atau maju.

----Akhir kata, sempena sambutan Hari Guru tahun ini, saya sebagai wakil murid ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru khususnya guru-guru di sekolah ini. Pada kesempatan ini juga saya ingin melahirkan rasa hati kami bahawa segala jasa yang dicurahkan kepada kami sukar untuk kami mambalasnya. Hanya Yang Maha Berkuasa dapat membalasnya. Sekian, terima kasih.

Petikan Warga Tua



Warga Tua Perlu Disayangi


---->Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat kebangsaan diadakan. Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban. Tanggapan sebegini haruslah dikikis, malahan golongan muda haruslah menghargai jasa mereka selama ini. Semua agama mewajibkan agar golongan muda menghormati dan menghargai segala jasa baik golongan tua.

---->Kita perlu sentiasa beringat bahawa kita juga akan menjadi tua dan pada suatu ketika nanti, kita juga mahu agar orang lain menghormati dan menyayangi diri kita. Apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh warga emas ini? Bagi generasi muda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini. Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari mereka, generasi muda akan mudah goyah dan diperalatkan oleh anasir luar yang mempunyai niat yang jahat.

---->Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, seorang bekas guru boleh mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya. Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru agama boleh juga mengajar bacaan al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahnya. Beberapa contoh yang disebutkan di atas hanyalah beberapa saranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga emas untuk terus memberikan sumbangan kepada negara, bangsa dan agama.

---->Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara semulajadi. Tidak ada sesiapa pun yang dapat lari daripada proses ini. Walaupun meningkat usia, sebenarnya kita masih mampu memberikan sumbangan-sumbangan yang tertentu kepada bangsa, agama dan negara. Marilah kita bersedia mulai sekarang untuk menghadapi usia emas dengan penuh gemilang.

Petikan Anti-Merokok

----->Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
----->Kempen anti merokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.
----->Kempen anti merokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.
----->Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen anti merokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

PANTUN

NOTA PANTUN

CIRI – CIRI PANTUN :
1. setiap bait terdiri 4 baris
2. baris 1 dan 2 sebagai sampiran
3. baris 3 dan 4 merupakan isi
4. bersajak a – b – a – b
5. setiap baris terdiri dari 8 – 12 suku kata
6. berasal dari melayu

CONTOH :
ada pepaya ada mentimun (a)
ada mangga ada salak (b)
daripada duduk melamun (a)
mari kita membaca sajak (b).

PANTUN 4 KERAT

Tumbuh lengkuas di tepi bendang,
berdaun lebat pohon dedalu,
disangka puas mata memandang,
rupanya dapat selenggang lalu.

bakar gaharu dalam taman,
asamkan karat si pisau raut,
kalau berguru salah pedoman,
sesat di darat karam di laut.

kembang bersih sibunga rampai,
seri tasik nyaman membiru,
bukan sedih cinta tak sampai,
hati terusik zaman merindu.

bukan calang sebarang jerat ,
jerat dari pepohon palma ,
anak dagang merempat tempat ,
mencari diri menjual nama.

rumpun pandan bercambah tunas ,
berdaun lebat diragut kasar ,
berbumbung hujan berlantai panas ,
menjaja nasib di kota besar.

di anjung beranda sepi melaga ,
meniup serunai kurniaan hiyayat ,
kasih bonda menjunjung syurga ,
akan kusemai sepanjang hayat.

jerami dipintal tanpa selisih ,
sisa antah minta ditampi ,
si ibu tunggal dahaga kasih ,
mengharap cinta di hujung mimpi.

meneguk arak berteman nafsu ,
menari ronggeng tak ingat hawa ,
rontaan dosa mengikat sendu ,
rasa bersalah merantai jiwa.

pada dia maha berkuasa ,
kuat tekad pada yang satu ,
menadah doa pada yang esa ,
memohon berkat diberi restu.

langkah maju masyarakat bersatu ,
bukan rekaan bukan cereka ,
siber dituju tradisi jitu ,
itulah semangat anak merdeka.

pasir salak gelanggang taman ,
terukir sejarah kekuatan melayu ,
langkah pahlawan dato' bahaman ,
menjadi idola sejarah melayu.

adab minang mencari mandat ,
tidak disalai terbiar mati ,
sirih pinang menjunjung adat ,
dua mempelai bersatu hati.

tari joget irama teralun ,
zapin lenga tiada berbilang ,
di sini berpaksi sebuah tamadun ,
menjejak budaya khazanah terbilang.

tari joget irama teralun ,
zapin lenga tiada berbilang ,
di sini berpaksi sebuah tamadun ,
menjejak budaya khazanah terbilang.

hati terluka dibakar panas ,
menjejak tabib di hujung tanjung ,
tidak dijangka lautan ganas ,
terumbang nasib tanpa pendayung.

berduyun melata mendaki naik ,
mencari kendi sarung memanah ,
tidak kupinta balasan baik ,
walau budi ditelan tanah.

insan jujur bernada belas ,
hati tamak tiada landasan ,
meminta jujur mengharap ikhlas ,
meminta amanah bukan balasan.

ENAM KERAT

belayar perahu membawa kuini,
ke tanjung jati mengadap paduka,
bunga kemboja sembah berkarang;
kalaulah tahu jadi begini,
tidaklah hati dibawa berduka,
ku pilih saja orang lain.

kuntum tulip merah warnanya ,
tumbuh indah di taman larangan ,
menjadi idaman si gadis cantik ;
hidup ini ketentuannya ,
tiada daya manusia menahan ,
jika takdir datang menjentik .

harap laut airnya jernih ,
belayar perahu dikarang manik ,
mencari mutiara di hujung dunia ;
jangan harap wajah yang bersih ,
jika hati sifatnya jijik ,
itu resam adat manusia

LAPAN KERAT

dini hari melawat pusara,
bawa merbah bersama emas,
nenas terletak tepi belana,
belanga china bersalut arang;
benihku cari disemai mesra,
semaian bercambah menjelma tunas,
kemudian subur indah berbunga,
malangnya bunga di getu orang.

SEPULUH KERAT

baju dastar kesumba,
seluar gunting petani,
jahitan nyonya kampung erah,
di hilir pasar kampung melaka,
singgah di rumah nahkodanya;
batang emas dahan suasa,
buahnya intan dengan padi,
bunga diisap burung merak,
pipit hendak hinggap di rantingnya,
adakah boleh oleh yang punya.

DUA BELAS KERAT

Rotan sepatah dua patah,
tarik kerakap batang padi,
dibawa sultan dari judah,
padi yang jangan digemparkan,
kalau gempar antara gugur,
bila gugur masuk perigi;
tuan di mekah di madinah,
naik akhirat batu haji,
tegak berdiri rasululah,
kami yang jangan dilupakan,
kalau lupa antara tidur,
dalam tidur menjadi mimpi.

PANTUN BERKAIT (SELOKA)
hati budi kerana manusia ,
menjadi takhta suara gemersik ;

kasih tiba di hujung usia ,
kala maut datang berbisik

menjadi takhta suara gemersik ,
laungan ikrar halaman bertaut ;

kala maut datang berbisik ,
nafas sesak nadi berdenyut